Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 31, 2009

Serba serbi cerita ada...

Hari ni baru aku start kuliah. Cuma satu kelas je hari ni. Pukul 11.00 - 12.30 pm. Tapi hari ni prof. cuma bagi kertas silibus dengan kertas tugasan. Sem ni aku cuma ambil dua subjek. Kelas kaedah mengajar hari ahad malam, dan kelas pemilihan dan penempatan personel hari Isnin khamis. Yang lagi satu aku perlu tumpu pada latihan ilmiah. So far minggu ni aku belum menggerakkan otot-otot lengan dan otak untuk belajar. Amboi, nakalnye...

Tajuk latihan ilmiah dah cari, cuma belum jumpa penyelia lagi untuk dia approve. Itu kalau dia approve ler... Kalau belum approve kena cari lagi tajuk lain yang lebih sesuai. Kawan satu group dengan aku ada yang masih belum cari tajuk. jadi, sementara tunggu diorang nak bergerak jumpa penyelia sekali, so aku pun cuba-cuba cari tajuk-tajuk lain dulu. Hmmm... ni
lah cabaran bagi semester akhir untuk siapkan latihan ilmiah dalam masa 3 bulan ja. Aku tak tahu la sama ada sempat ke tak buat semua ni dalam masa 3 bulan. Tapi memang lecturer aku dah cakap awal2 mesti ada yang tak boleh siap. Cuma aku berdoa supaya aku dapat buat yang terbaik khas untuk diri sendiri, keluarga dan nawaitu kerana ilmu Allah.

Cuti sebulan hari tu banyak aktiviti yang terisi. Konon-konon sebelum cuti hari nak balik rumah cari keja la... nak kumpul duit untuk praktikal bulan 5 nanti la... duit nak buat latih
an ilmiah la... Hmmm tapi itu semua hampeh belaka. Tapi takpe jugak tak keja sebab masa aku banyak terisi bersama keluarga, mak, abah, anak menakan (anak buah), adik beradik, kawan-kawan dan sebagainya. So, aku la driver diorang sepanjang cuti hari tu. Berhari raya haji di Seberang dengan family, melawat sahabat yang sakit, jadi driver anak menakan ke sekolah, jalan2, ke hospital, bawak mak pergi berubat, medical check up, jalan-jalan, bawak family ke rumah akak kat Sg. Lalang melawat anaknya yang baru berkhatan, makan dengan kawan-kawan, ke majlis perkahwinan kawan sekolah, pergi Pesta Pulau Pinang...eh...eh.. Ish ish ish... Banyak sungguh aktiviti dia no... Berjalan sakan.

Since dah boleh bawak kereta, abang aku sentiasa izinkan aku guna kereta dia. Tak kira mana aku pergi asalkan jaga diri, hati-hati memandu, pakai tali pinggang dan jangan
lupa hand break. Nges nges nges! Pernah masa mula-mula bawak keta aku terkejut bas hon kat belakang masa berhenti tepi jalan. Terkejut punya fasal aku terus tekan minyak tapi hand break tak buat turun. Apa lagi... berasap tayar keta abang aku dari Pekan Kongsi sampai rumah. Tapi aku cakap, "Eh, tadi masa sampai rumah baru je naikkan h.break. Mungkin tak buat turun habis kot." Hmmm... Jawapan hampeh.. Ingat abang aku tak tahu aku tak buat turun h.break. Kalau tidak takkan berasap teruk tayar keta dia... Itu masa first time aku baru mula pegang keta dia la... First lesson aku la tu kiranya.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni aku tengok abang aku tu sentiasa tak sihat. Kejap sakit badan, kejap tak sedap badan, kejap lenguh badan, kejap sengal badan. Eh! bukan sama ka semua ayat ni?! He he... Aku tak tahu dia sakit apa. Dia kata dia dah gi x-ray tapi takda apa2 sakit. Aku rasa mungkin angin ahmar ke mana tahu kan.. Masa mak aku urut badan dia pun mak aku cakap
badan dia berketul2 banyak angin. Entahla, sekarang ni macam-macam penyakit dok ada.

Masa cuti hari tu ramai kawan aku yang buat majlis kenduri. Ramai ke? Lebih daripada tiga tu ramai la kan kan...cikgu kan... Tapi malangnya aku hanya dapat menghadiri dua buah kenduri kahwin pada tarikh yang sama (12/12/2009). Itupun sebab 2 kenduri tu dekat Balik Pulau ja. Kenduri Kak Wan kat Kota Sarang Semut dengan majlis pertunangan Ani kat Johor aku tak dapat hadir. Sorry ye kawan. Banyak kekangan. Kepada kak Wan, Selamat Pengantin Baru dan kepada Ani, Selamat Bertunang. Jangan nakal2 dan jaga perhubungan dengan baik... Sayang korang semua.

Ups! Lagi satu aku lupa, Selamat Hari Lahir Cek Farah. Hari n
i birthday dia penutup bagi tahun 2009. Selamat Hari Lahir yang ke jugak kepada anak menakan aku, Nor Farahin bt Mohd Hasmiza (Ayin). Tahun ni genap usia dia 14 tahun. Tahun depan dia akan menghadapi PMR. Amboi, mentang-mentangla hari tu dapat call free, bergayut dengan aku bukan main lama. "Tak best la maksu dah balik U, tak boleh buat kerek-kerek (gila-gila) dah dengan kami. Nak tunggu maksu balik lambat lagi. Sunyi la pulak maksu takdak kat sini." Haha!

Perut pun dah lapar nie. Malam-malam mesti nak cari makanan jugak. Walau macam mana sedaya upaya aku cuba makan 2 kali sehari tapi tengah malam still lapar jugak. Hadoiiiyaiii... Takpela... makan punya fasal jangan berkira.


Lagi satu ni, Selamat Tah
un Baru/ Salam Maal hijrah kepada semua.


Sweet,
Virgo Girl.

0 comments: