Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, January 15, 2010

13/01/2010: A DaY WiTh MAKNA, Full WiTh YouR HeaRT...


Nama Program: A DAY WITH MAKNA
Tempat: FOYER LIBRARY, PSB UUM
Hari dan Tarikh: RABU & KHAMIS / 13 JAN-14 JAN 2010


A Day With Makna yang sebenarnya dua hari berlangsung tu diadakan di Foyer Library, Perpustakaan Sultanah Bahiyah UuM pada hari Rabu dan Khamis. Perasmian dibuat oleh Mama Gie pada majlis pembukaan "A day With Makna". Program ni dianjurkan oleh pelajar dari Kolej TNB. Masa Mama rasmi tu aku tak sempat datang sebab kerja. Lepas habis kerja, aku terus datang ke library.

Masa aku sampai kat Library tu, majlis perasmian dah pun selesai. Yang tinggal cuma bahagian menderma darah (kementerian kesihatan punya bahagian) dan booth derma which is ada banyak barangan MAKNA seperti baby box, cap, rantai, comforter, beg, T-Shirt, sepit rambut, buku, kalendar dan sebagainya. Pelajar jugak boleh menderma dengan membuat handprint. Dengan RM3 anda boleh membuat handprint dan dedicate kepada pesakit kanser di seluruh Malaysia. Walaupun hanya menderma sekadar yang mampu, anda akan tetap pulang dengan barangan/ cederahati daripada MAKNA.




Kalau derma RM 1 ke bawah dan ke atas (betul ke ayat ni?) anda akan bawak balik baby box yang cumel ini... Simpan duit banyak2 dan boleh masukkan dalam akaun bank Maybank yang ada kat kotak baby box tu. Dermalah kepada yang memerlukan... Abang Zul tido setelah mendengar bebelan Unes. Kat belakang tu Che Oni tengah dok baca paper. Hai Onie! hai!


Aku, Juli dan Yee Mun. Buat handprint cantek2 ye...


Jika menderma RM 15 ringgit dan ke atas, anda akan memiliki topi MAKNA/ Calendar/ T.Shirt MAKNA. Boleh pilih nak yang mana satu.


Buku berkaitan penjagaan Stomach (perut), Blood Cancer (leukemia), sepit rambut... Derma yang bernilai RM 5 dan ke atas.


Kadangkala kita terfikir, kita hanya mempunyai sepasang tangan dan tidak mampu untuk membantu semua orang yang memerlukan. Kita mempunyai sepasang mata, dan kadangkala hanya mampu melihat kesusahan orang, kita hanya mempunyai sepasang telinga dan hanya mampu mendengar rintihan orang yang berada di dalam kesusahan dan kesakitan. Why not, dengan menderma, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban pesakit kanser, golongan miskin dan OKU? Dapat tambah pahala lagi kan?

Aku mula mendengar nama MAKNA (Majlis Kanser Nasional) since iklan-iklan di televisyen. Aku mula tertarik dengan MAKNA sejak roomate aku hadiahkan baby box (kotak tabung) yang comel kepada aku. Dia juga melibatkan diri dengan MAKNA kerana ramai adik-beradiknya yang meninggal kerana sakit kanser. Ramai? Memang ramai kalau lebih daripada dua kan? Hehee...
Dan aku mula jatuh cinta pada MAKNA sejak Juliana memperkenalkan kepada aku dan kawan-kawan. Semester lepas kan aku buat praktikal. Kumpulan kami seramai 7 orang. Jadi, Ju rancang untuk buat program "Sehari Bersama MAKNA" dan mengajak kami semua untuk arrange program tu. Start dari program tu aku dan kawan-kawan banyak involve dalam aktiviti MAKNA like home visit dan program MAKNA.

Sebenarnya aktiviti MAKNA bukan hanya tertumpu kepada pesakit kanser saja. Kami juga didedahkan kepada aktiviti membantu orang miskin, Orang kurang Upaya dan sebagainya. Mama banyak membuka mata kami untuk melihat sendiri bagaimana kanser survivor menjalani kehidupan mereka, bagaimana mereka menjalani chimotheraphy, radiotheraphy, pengambilan ubat-ubatan, bagaimana mereka menghadapi hidup mereka setiap hari... Semuanya bercampur dengan emosi, psikologi dan tahap ketahanan mereka... Mereka jugak memerlukan sokongan, kaunseling, dan perhatian daripada keluarga, teman, dan orang di sekeliling.

Bayangkan ada keluarga yang tidak mahu menerima dan memberi sokongan, bayangkan bagaimana keluarga miskin menghadapi semua ni dengan keadaan yang tidak berkemampuan dan kekurangan wang untuk membiayai rawatan saban waktu... That's why aku jatuh cinta pada aktiviti MAKNA... Terima kasih kepada Juli yang banyak memperkenalkan "MAKNA" kepada kami. Terima kasih kepada Mama yang sentiasa menerima volunteer dari pelbagai agama, dan tempat. Terima kasih kerana banyak mengajar kami erti sukarelawan, pengorbanan dan sebagainya.


Oh ya, volunteer MAKNA juga akan berada di Alor Setar Mall pada 30hb Januari ini.



Ini tapak tangan Unesvari anak perempuan Mundiandy. Amek kau nama panjang terus.


Tapak tangan Juli berwarna-warni...


Tu tapak tangan aku yang montok berkaler2... Warna kuning tapak tangan Nana.


p/s: kalau aku buat handprint mesti tangan aku jadi montok2... bencilah! Tapi montok pun tetap cumel. hihihi..





Sweet,
Virgo Girl.

0 comments: