Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, January 8, 2010

2/1/2010: Aku panggil BuKit AyaQ, JuLi Panggil BukiT AyaK..

Ish ish ish.... Agaknya lidah orang Sabah masih tergeliat lagi mahu cakap bahasa utara. Hehehe. Jangan marah JuLi na... Takpa2, nanti belajaq pelan2 na... Bulan dua nanti kami belajaq bahasa Sabahan pulak. Kenapa bah kau berubah, kenapa bah... Boleh la sikit2 itupun lagu Stacy bah... Hoho!

Hari Sabtu, aku ngan kawan-kawan ke Padang Besar dan Bukit Air. Lagipun lama kan tak berjalan-jalan bersama. Tak payah jalan la, kita nek keta ja na... Kami berto
lak seawal 10.30 pagi sebab nak singgah banyak tempat. Kami pergi dengan 2 buah kereta dan seramai 8 orang. 2 lelaki dan 6 orang perempuan. Disebabkan kami ni ramai perempuan, jadi kami memerlukan dua orang jejaka ini untuk keselamatan dan memandu kereta.. Hehehe.

Destinasi pertama, kami ke UiTm Perlis untuk berjumpa dengan adik JuLi. Nak hantar barang-barang keperluan kat adik Juli. Adik Juli baru semester pertama masuk situ. Masa masuk pintu gerbang UiTm tu, ada mak guard sorang jaga kat situ. Mungkin dia ingat kami datang nak hantar pelajar baru. Dia pun tanya la kat kami "Ijazah ka Diploma?" Terdiam kami semua kat situ. Lepas tu baru Juli cakap, "Diploma!". Haha! terus mak guard tu tunjuk jalan terus. Sampai je kat Kolej Cengal, Ya Allah, muka diorang adik-beradik memang sama. Part yang paling sama tu bila diorang suka buat mata juling. Nges nges nges! Kelakar habis bila Juli tanya sama ada adik dia mahu tak baju yang macam aku pakai. Cewah, aku pun memperagakan lah baju aku.. Terus adik dia buat mata juling. Tergelak kami kat situ.

Dari UiTm kami bertolak ke Padang Besar. Sampai je kat
Padang Besar, kami berpecah untuk mencari barang-barang yang diperlukan. Awas! Tolong jangan membuat panggilan telefon apabila anda berada di sana sebab kredit anda akan cepat habis. Sana kan dah masuk Thailand. Jadiknya, kalau kami nak jumpa semula, kami kena mesej antara satu sama lain. Lepas dah shopping2 tu, diorang mesej cakap "Kami lapaq, hangpa kat mana?" Jadiknya, lepas dapat jumpa semula kami makan tengahari kat kedai makan yang berdekatan.


Kami dah order makanan, tengah tunggu makanan sampai neh!


Happy happy jugak tapi solat jangan lupa! Jom singgah masjid dulu...


Lepas tu destinasi kami nak ke Rumah Hidayah pulak. Sepanjang penjalanan ke rumah Dayah, Juli bukan main lagi bagi klue. Mula-mula dia cakap lepas nampak trafik light, masuk kanan. Memang dah jumpa trafik light, tapi jalan belok kanannya takdak. Mengekek kami ketawakan Juli. Rupanya trafik light yang satu lagi kat depan. Then, Juli cakap sebelum masuk ke Rumah Dayah,
kita akan jumpa masjid warna hijau di sebelah kanan. Kami pun cari la masjid warna hijau tapi tak jumpa2. Cikgu Pon cakap, "Entah2 dah tukar warna masjid tu kot".

Lepas dah lama mencari masjid warna hijau tu, baru Juli cakap "Itu masjidnya!" Alahai Juli... Memang ada warna hijau tapi cuma tingkapnya saja yang warna hijau, itu pun tingkap dekat kubah saja. Tingkap lain warna kelabu bah! Masjid tu pulak warnanya kuning. Kali ni lebih teruk kami ketawakan Juli. Juli...Juli... Kalau takda
k dia dalam kereta memang tak ceria hidup kami!

Lepas melawat Dayah, kami terus ke Bukit Air. Kami sampai sana dah waktu asar. Mulanya memang bercadang nak mandi sekali.. Tapi disebabkan agak lewat dan kami takut terlepas waktu asar disebabkan terleka, jadinya kami hanya main2 air saja. Irnie dan Sofea still mandi jugak. Memang seronok bukan main dapat tengok diorang memanjat batu2 sungai dan berdiri di bawah terjunan air. Teruja sungguh. Kalau ikut nafsu memang nak join sekali tapi takut pula kalau leka dan laghaa... Mungkin next time kami akan datang lagi untuk berkelah pulak. Datang waktu pagi, bermandi-manda dengan air yang sejuk. Lepas mandi, berkelah sekali. Mesti best kan.. Dan hari ni juga merupakan detik yang terindah yang akan terakam di kotak comel ingatan kami semua.


Sangat teruja dengan air terjun landskapnya...



Kuciwanya jiwa sebab tak dapat join 2 org lagi kawan kami yg ada kat belakang tue... Dapat bergambar pun jadila...



Sweet,

Virgo Girl.

1 comments:

Syaf'an Salahuddin said...

kak JULI mmg begitu.. kalo xdak dya mmg rindu gila.. bosan.. kalo ada.. gelak sampai xbunyi.. huhu

p/s: student dya.. tp pggl kak jugak.. hekhek