23-24 /01/2010
Mula sebenarnya kami rancang nak pergi Kolam Air Panas, Ulu Legong sebab nak ikut Rosma and the geng. Plannya hari Jumaat malam nak bertolak. Tapi, tiba-tiba Rosma cakap diorang tak jadi pegi hari Jumaat, pegi hari Sabtu lepas pergi majlis tunang di Rumah Ela. Disebabkan hari Sabtu dan nak balik hari Ahad tak bolehla pulak sebab salah dua orang (hehehe, sebenarnya perkataan 'salah seorang' ja ada dalam kamus bahasa seharian tapi sebab dua org yg ada kelas kan.. Ahakhak! Hancurlah bm...ateh!) ada kelas. Kami pun buat keputusan pergi hari dulu ler hari Jumaat. Bayangkanlah 6 orang sumbat dalam kereta mercedes (kancil warna hijau) kepunyaan Zul. Hehe. Memang sesak tapi kami dah biasa berhimpit, jadi seronok la pulak. Aku, Nana, Juli ngan Irnie di belakang. Dua di depan Zul dengan Ckg Pon.
Kami bertolak seawal 3 petang hari Jumaat sebab nak singgah merata tempat. Biasala, kalau nak ke mana-mana nie kami suka pergi banyak tempat. Dari kampus kami ke rumah mama dan abah Juli. Ni mama ngan abah yang ke berapa pun aku dah tak ingat sebab Juli banyak keluarga angkat. Tok angkat pun ada jugak. Ni baru kat kedah saja keluarga angkat dia. Kalau seluruh negeri hangpa bayangkan berapa ratus keluarga angkat dia nanti... Habis tu sapa nak jadi mama ngan abah angkat aku pulak? sape nak jadi tok angkat aku pulak?
Lepas makan-makan kat sana, kami ke kedai Ramesh (femes aih sampai masuk blog). Huwargh.. Kuatnya aku nyakat orang hari nie. Beli barang-barang dapur kat C-MarT ( boleh bangga jugak sebab masuk blog) dan kedai Ramesh. Tau...tau... hangpa mesti fikir pasai apa beli barang2 dapur pulak, takkan nak masak kat Ulu Legong kot. Awat tak boleh pulak... Air dia kan panas... Leh buat telur rebus, megi rebus, sayur rebus, ikan rebus, suma rebus... Hehe. Takdelah... Nak gi ke kolam air panas kan lambat lagi. Tengah malam baru pegi. Sebelum tu kami akan singgah rumah Cu dulu di Baling, masak kat sana.. Lepas masak baru la ke Ulu Legong. Cu merupakan keluarga angkat daripada MAKNA. Zul dan Juli yang kenalkan kepada kami semua. Alang-alang tu kira saling ziarah-menziarahi ler.. Seronok kan macam tu...
Lepas dah masak baru kami semua bertolak ke Ulu Legong. Lebih kurang pukul 12 lebih baru sampai sana. Ish3... Punyala tak sabar Juli ngan Nana sanggup main air kat kolam kanak-kanak. Mesti budak-budak tu terkejut kan tengok kakak budak yang main air dengan diorang. Kolam untuk bahagian kanak-kanak tak berapa panas. Seronok la nak mandi... Apa pun, sampai je terus kami bukak makanan. Tak sabar nak makan. Nuget ada, bihun goreng ada, sandwich ada... Lepas makan turun main air. Fuh! macam kat bilik sauna. panas airnya. Mula-mula nak masukkan kaki dalam air pun Juli dah terlompat2... Konon2 tak tahan panas le kan.. tengok2 last sekali dah satu badan basah... heh he! Masa tengah mandi tu tiba-tiba blackout. Ada yang menjerit. Boleh percaya tak tiba-tiba dari duduk dalam kolam Nana melompat tiba-tiba atas aku? Percaya la..percayala.. Sebab memang betul pun. Hik hik! Dia takut tu.. Orang lelaki kan ramai dekat situ, takut apa-apa jadi. Lepas mandi makan lagik. Maklum le makanan banyak lagik.
Dah puas mandi, kami bertolak balik ke rumah Ucu. Pukul 5 pagi baru sampai rumah. Kata Zul diorang sesat cari jalan balik. Pastu jumpa macam-macam... Biasa la tu. Cu cakap kat kawasan-kawasan Langsuir tu memang selalu dia kacau. Sebelum gi Air panas tu pun Cu dah pesan jangan seronok2 sangat. Pukul 5 pagi sampai di rumah Cu kami semua dengar azan berbunyi. Haish, pelik jugak tiba-tiba azan time tu. Tapi lepas sekerat bunyi azan sunyi pulak dah. Agaknya tok imam atau pak bilal terpasang salah kaset kot. Boleh jadi dia nak pasang kaset Quran tapi terpasang azan. hehe.
Orait, aktiviti hari Sabtu pulak nak cerita neh. Pukul 10 pagi kami ke Lata Mengkuang. Mandi sungai le pulak. Hek hek! Bekal sudah semestinya kena bawak. Tengok panorama Lata Mengkuang memang cantek tapi sayangnya toilet tak dijaga. Dah bocor pun bumbungnye. Sedih kan tak jaga elok2. Susah orang nak salin baju atau ke tandas. memang best dapat mandi air terjun. Siap buat massage air terjun lagi. Kuang kuang kuang.
Dari kiri (depan): Ckg Pon, Amin (anak Ucu), and Juzul..Dari Kiri (belakang): Aku, Ucu, Juliana Banos, Shazana In the Morning, Irnie haryatienie.. Hehek. Habes la aku pas ni...
Balik dari air terjun kami bersiap2 untuk hadir majlis pertunangan Ela. Pukul 4.30 petang baru bertolak. Sampai di rumah Ela pun dah nak maghrib. Perjalanan dari Baling nak ke Kuala Nerang ambil masa yang lama. Masa dalam perjalanan tu, kami terima mesej daripada Unes, ramai kawan-kawan kaunseling yang terlibat dalam kemalangan. Allah saja yang tahu masa tu. Macam mana la dengan keadaan diorang semua. Sampai di rumah Ela baru tahu cerita sebenar. ramai jugak kawan-kawan aku yang trauma. 3 buah kereta terlibat masa tu. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 2.45 petang. Semua selamat. Dua daripada kawan kami cedera. Yang lain cedera ringan dan cedera dalaman... Doaku kepada semua rakan-rakan supaya cepat sembuh dan cepat baik. Yang mana masih terasa sakit-sakit, pergi buat pemeriksaan ye..
Nana... Jangan tidoq... Tu bukan boleh tu, satgi mesti main bulu kening.. Botak kening nanti jenuh nak lukis dengan arang...Buat Ela, Selamat suda bertunang! Semoga tabah dan berbanyak bersabar semasa mengharungi dugaan semasa bertunang dan semoga cepat2 melangsungkan pernikahan. Ehek hek hek!
Sweet,
Virgo Girl.








0 comments:
Post a Comment