Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 12, 2010

Kerja2 VolunTeer BerMuLa!

5/1/2010

Dah masuk Tahun Baru pun kan? Dah ada azam baru? Haish... teringat pulak Mas Azam dalam novel Ketika Cinta bertasbih karya Habiburrahman el-Shirazy. Eh, macam mana boleh keluar cerita lain pulak. Huhu! Apa pun semangat hangpa semua, semoga succes ek! Caiyok2!

Mama Gi dah maklumkan awal2 pada kami bahawa kami dikehendaki join program MAKNA di Pulau Panjang pada 7hb untuk sambutan Hari Kanak-kanak. Tapi malangnya semua tak dapat join sebab ada kelas pada hari khamis tu. Jadi semua tak dapat pergi. Hurmm...sedih... Di sebabkan kami tak dapat pergi, kami ada sediakan cenderahati untuk kanak-kanak di Pulau panjang.

Pukul 8 malam kami menyewa kereta untuk ke Changloon. Beli gula-gula dan jeli. Kami cadang nak bungkus comel2 dengan plastik hamper. Balik dari beli barang-barang, kami berkumpul ramai-ramai untuk packing barang-barang derma dan balut hadiah. Tempat sasaran: Bilik Nana dan Che Oni. Juli, aku, Nana, Che Oni dan Unes sama-sama balut hadiah. Malam tu memang gamat kami satu bilik dengan riuh-rendah dan gelak ketawa si Juli dan kawan-kawan yang lain.


Antara barang-barang yang nak didermakan kepada penduduk miskin di Pulau Panjang ialah pakaian wanita, pakaian lelaki, kasut, dan makanan. Semua barang-barang ni kami packing mengikut label.


6/1/2010.

Petang, sebelum maghrib aku dengan nana bawak turun barang-barang dan masukkan dalam kereta untuk dibawa ke rumah En. Munawir. Kami ke sana dengan dua buah kereta. Barang-barang memang banyak. Yang nak menumpang pun ramai sebabnya aku ngan Nana akan ambil kawan-kawan yang lain kat Changloon. Hehehe. Alang-alang tengah tunggu Mama balik dari Combodia, kami solat maghrib, makan, dan jalan-jalan kat tapak ekspo depan C-Mart dulu.

Mama sampai kat rumah En. Munawir lebih kurang pukul 9.30 malam. Then, kami semua berjumpa di sana. Kali ni jumpa Kak Alia (wife En. Munawir) sedang pregnant. Kali ni lebih banyak cerita menarik yang disampaikan oleh Cik Irnie kita. Cerita pertama, sewaktu Irnie, kak R dan Unes pergi Sentosa, Irnie cerita masa tu Unes cakap "Aku ingatkan RM200 ni boleh dapat hp macam pak cik aku" That's mean hp pak cik dia tu boleh email dan sebagainya. Hah? Terkejut diorang dengan penyataan Unes. Sedarlah kami bahawa Unes tu sebenarnya tak pernah beli hp pun selama ni. ni kira first time la beli... Hehe!



Program gosip2 bersama mama. Kak Lia duduk di sebelah mama Gie, sedang berbadan dua. Tahniah Kak Lia.



Cerita kedua, kat kedai hp tu jugak berlaku. Cina tu cakap " You mau trade in ka hp ni?" Unes ingat "trade in" tu maksudnya baiki speaker hp tu. Dengan bangganya Unes cakap, "Ya, mau trade In". Kak Angkat Irnie pun dah cakap, "Daripada kau trade in, lebih baik kau buat baling anjing lagi bagus". Kesian Unes, harga trade in hp sony ericson lama dia tu cuma RM 20 jer. Mengekek kami ketawa kat rumah En. Munawir.

Cerita Ketiga. Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak kerap menerima sms koleksi video hangatla, panasla, lucahla... Makin banyak pulak yang menghantar. Biasanya kalau aku terima mesej macam tu, aku akan delete je. Korang tahu tak kawan kami sorang ni, lepas dapat mesej tu boleh pulak dia reply "Sape Ni?". Then, bila mesej tu tak di reply balik boleh pulak dia tanya kenapa diorang tak reply. Kawan aku Irnie pun cakap, "Eh, ko ingat dia ada mase ke nak reply2 mesej ko". Hahaha! Adush! Memang kena dengan mama malam tu. Kecoh sebab cerita Unes je malam tu kat rumah rumah En. Munawir.



Barang-barang derma sedang disusun di dalam kereta mama untuk dibawa ke Pulau Panjang esok. Eh Nana, takkan bg upah kat depa berdua ja... Kami pun nak upah jugaaaaakkk!!



Tengah sibuk mengira duit derma, En. Munawir dan Zul. sementara kami masih bergosip2 tentang Unes. kesian Unes jadi mangsa malam tu.



Lepas pindahkan kotak-kotak derma ke kereta mama, ada sedikit majlis penerimaan T-Shirt Makna dan Cap kepada kami semua. Warna hitam lagi you, sekali dengan cap, jangan marah... Hehehe. Disebabkan kami semua dari UuM, penyerahan dibuat oleh En. Munawir sendiri kepada kami.


Comel kan T-shirt baru... Dari kiri (belakang) En. Munawir, Mama Gie, Zul dan Monica
Dari kiri (depan) Irnie, Unes, Aku, Juli dan Nana.



p/s: kalau RM200 bole beli hp blueberry, aku pun nak. hik hik!



Sweet,
Virgo Girl.

0 comments: