Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, February 3, 2010

Jenazah-jenazah Itu Kelihatannya....


Aku sebenarnya hanya nak berkongsi nota Pencen Keinsafan yang aku dapat daripada hasil pembacaan dalam blog.. Aku cari dalam google neh.. Sekurang2nya bila aku selalu baca dapatlah menginsafkan aku adanya especially bila aku dah pencen nanti... hak hak hak!.. Amin..

Nota ni aku ambil dalam blog siapa tak ingat dah.. Jangan marah aaa.. Tak sengaja lupa amik copy laman web.. ihihi.. Tapi aku baru bagitau kan yg aku lupa? Lupa tu lumrah kan... Kadang2 bagus jugak lupa.. Mana tahu tiba2 aku kena ke suatu tempat tapi aku lupa.. Last2 dapat tahu tempat tu berlaku rompakan ke.. banjir ke..Haa... bagus3... Naseb bek korang mengerti.. Tanpa buang masa, aku nak berkongsi tentang beberapa jenis mayat di alam kubur.. Jom kita baca...

Terdapat 7 jenis mayat di alam kubur iaitu:

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itu adalah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Syirik merupakan dosa yang paling tinggi dalam Islam.


Hadith Riwayat:

"Siapa mati sedang ia menyembah selain Allah pasti ia masuk neraka"


Doa Untuk Mengelakkan syirik:

"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dengan sesuatu yang kami sedari. kami mohon ampun kepada-Mu terhadap apa jua yang kami tidak mengetahuinya"


2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu dan lalai dalam solatnya.

Hadith Riwayat Al-Bukhari:
"(Batas) antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat"

Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud:
"(Batas) antara seseorang dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat."

Hadith Riwayar Muslim:
"ikatan antara mereka dan kita adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka ia telah kafir."

Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan Nasa'i:
"Para sahabat Rasulullah s.a.w tidak pernah menilai suatu amalan yang ditinggalkan sebagai kekufuran kecuali solat."

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, iaitu orang-orang yang melupakan/ lalai dari solat mereka"
(Surah An-Nisa': Ayat 142)


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapanya.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah!' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah Al-Israa', Ayat 23-24)


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu). Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar akan melihat, neraka jahanam. Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'Ainul yaqin'. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu bermegah-megahan di dunia itu)."
(Surah At-Takatsur: 1-8)


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu lebih busuk daripada bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


p/s: Anda diberi masa selama 5 saat untuk memilih kategori mayat mana yang anda nak.. Tetttt!!! Masa dah tamat.. Sila kembalikan kertas soalan kepada Lembaga peperiksaan. Sekian.


Sweet,
Virgo Girl.

0 comments: