Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 12, 2010

Cemburu atau Terlalu Cemburu...

Cemburu? Kenapa topik ni yang aku nak cakap? Entah... Saja2 je terlintas nak menaip sesuatu... Mungkin hanya sekadar nak mengurangkan ketegangan stres. Cemburu tu sebenarnya bagus. Orang kata cemburu tandanya sayang. Memang betul. Tapi, biarlah cemburu itu berpada-pada. Kata orang, cukup sekadar untuk kebahagiaan bersama.

Yang tak bagusnya kalau terlalu kuat cemburu tahap suria baja hitam. Sampaikan kadang-kadang dengan kawan sendiri pun cemburu. Kalau dahulu berkawan, sama-sama gembira, bersuka dan berduka... Sekarang ni bila kawan bergurau sikit dengan pasangannya, mulalah api cemburu melekat di dada... Kalau dulu ke mana saja bersama-sama, boleh saja bergurau senda... Sekarang bila sudah berpasangan dan saling cemburu, kawan sendiri jadi musuh entah ke mana... Sanggup kecilkan hati kawan kerana sikap terlalu cemburu...

Jangankan kerana terlalu cemburu, diri sendiri hilang kawan. Jangan kerana cemburu, akhirnya lupa kawan. Kawan yang dahulunya dicari di kala sunyi, peneman di kala suka dan duka. Tapi akhirnya dilupakan begitu saja.

Bercinta itu tidak salah, tapi jangan sampai lupa kawan, jangan sampai bermusuh dengan kawan sendiri dan jangan sampai suatu hari nanti anda akan hilang kawan satu per satu... Ada masa kita bersama kawan, dan ada masanya kita dengan pasangan... Bila kita susah, kawanlah yang akan kita cari, kawanlah tempat kita mengadu... Kalau dah terlalu cemburu dengan kawan sendiri, siapa yang akan kita cari lagi...

Cemburu dalam pelajaran pun tidak salah. Asalkan untuk peningkatan diri sendiri. Memperbaiki mana yang gagal, mana yang ketinggalan. Tapi, kemesraan bersama kawan tetap dieratkan. Bukan memusnahkan kawan sendiri, sebaliknya sama-sama memberi bantuan, berganding bahu, memberi sokongan, menjadi pelindung untuk kawan sendiri. Kawan yang baik akan menjaga hati kawan baiknya sendiri, bukan menggiris luka di hati. Bukan menyimbah asid di gigi. ahaks! Asid di gigi? Ayoyo! Gunala ayat len...

Salam sayang, salam persahabatan buat semua rakan-rakanku:

yang dahulunya berkejaran di Tabika KEMAS Sg. Pinang,
yang belajar tulis baca bersama-sama di Sek. men Keb Sg. Pinang,
yang meningkat remaja bersama di SMK St. george Balik Pulau,
yang menjejakkan sebelah kaki di universiti (kononnya) sewaktu STPM (Form 6) di SMK Seri Balik Pulau,
yang bekerja bersama, berjaga shift malam dan siang dan OT di kilang TANAKA selepas memerah otak dalam exam SPM (Eceeh... time tengah tunggu result ler ni..),
yang belajar goreng kentang dan jadi cashier bersama di McD Prangin Mall (pernah sekali aku tertidur dalam bas time nak gi kerja dari B.Pulau sampai terlepas ke Jeti, then bas tu patah balik lalu Prangin Mall baru aku sedar... Giler laa.. Naseb bek tak terlepas balik ke B. Pulau semula..),
yang membuat marking and transferring transistor bersama di Kilang RENESAS selepas cuba nak gapai sebelah lagi kaki ke universiti terpilih di Malaysia, (after STPM ler nie... tunggu result. Nges nges nges!),
yang bersama-sama di UuM sahabat baru dan lama...

Terima kasih atas persahabatan yang indah ini...



Sweet,
Virgo Girl.

2 comments:

cinta untuk aien said...

tetap bersahabat..selagi hayat dikandung badan....muahx

HaniS HussaiN said...

Yes darling... bercinta tetap bercinta tapi kawan jangan lupa.. sahabat selamanya...