Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 3, 2010

Dari Tawau Ke KL, dari KL ke Penang..

Assalamualaikum...


Kembali suda untuk menyambung thesis aku yang hampir berkarat selama 2 minggu.. Story sepanjang 2 minggu aku bercuti memang banyak sebab setiap hari dok kat sana asyik berjalan jer... Eh, taklah.. Mana larat aku nak berjalan dari Lahad Datu sampai ke KK. Nek keta la... Kalau bab jalan dalam keta aku pandai... Tapi ruangan sempit la.. Letak kaki je pun dalam keta kira berjalan la jugak kan..kan... Hak hak! Gelak jahat kurang sikit daripada Ali Setan.

Tak dapat dinafikan, hampir setengah daripada Sabah aku dah jelajah... Memang bertuah diri aku yang tomei kiut miut neh... Aku tomei ja, mak aku yang kiut miut. Melalui program MAKNA aku dapat jelajah banyak tempat dan kawasan. Macam-macam jenis rumah dan penempatan aku jumpa. Dari ujung dunia hinggalah di laut. Fuyooh.. fuyooh.. Haha.

Dari Tawau aku bertolak balik ke KL dan dari KL aku balik ke Penang . Memang kali pertama aku dapat menjiwai nek kapal terbang seumor hidup. MAS pun nek, Air Asia pun nek.. 3 kali nek iaitu dari KL-TAWAU, TAWAU-KL dan KL-PENANG.. Seronok sangat dapat pengalaman baru tahun nie.. Weepiee! Eleh... Biaq pi la orang nak cerita nek kapal terbang pun.. Tahulah korang dah nek banyak kali... (sambil mengeluarkan muncung tikus yang boleh buat gantung penyangkut baju..)

Cuma satu hari di rumah. Aku sampai di rumah dekat tengahari. Sampai je memang tak larat terus tidoq. Bangun tidoq pukul 3 petang. Seb bek tak terlepas zohor lagi. Kalau tak memang kena dengar astro tambahan dari mak channel 1001 prima ibu ibu. Hah.. canggih tue..

Pukul 5 petang, kaki dah tumbuh tungau.. gatal nak keluar. Pinjam moto abang aku terus ke Bukit Jambul dengan Ayin (anak menakan berusia sepuluh ratus 15 tahun). Cari novel ler... Akhirnya sampai POPULAR yang tidak HoT kerana supermarket HOT telah mengambil alih kepopularan itu.

Sekaligus kat POPULAR dapat menyambar satu buku penulisan Dr Ismail Kamus yg bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat (RM 49 selepas dapat diskaun 10 % yg baik hati daripada kad POPULAR yg ada pada aku) dan novel yang aku tunggu2 keluarannya daripada kak Hanni Ramsul iaitu Pergilah Air Mata (RM 25.20 juga selepas dapat diska-un 10%).




RM 55.00 (harga di POPULAR)

Syahdunya novel yang ditunggu2 telah tiba di pangkuan.. Sabar...sabarlah hati.. Masa balik keesokan harinya aku dah mula membuka novel tu dan membaca sepanjang perjalanan aku ke UuM dalam bas Konsortium sehinggalah bas MARA dan akhirnya sampai balik kat Kolej UuM. Satu hari je dah habis baca.. Ending yang ku tunggu memang best...


RM 28.00 (Harga di POPULAR)


p/s: dua-dua pun best.. hmmm...


Sweet,
Virgo Girl.
Penang.

0 comments: