Titipan Semanis Madu,
Pembakar Semangat, Penenang Jiwa....
Bila kita suka melakukan sesuatu, atau berbuat sesuatu atau menyukai sesuatu, kita tidak pernah menghitung waktu agar ianya cepat beredar, sebaliknya mengharapkan agar suasana yang damai dan gembira itu lambat berlalu...
Sebaliknya bila kita tidak suka melakukan sesuatu, bosan dan sebagainya kita akan menghitung waktu, saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun agar ianya cepat berlalu....
Tapi akhirnya, aku menyedari bahawa sesungguhnya, apabila kita mengharapkan sesuatu yang bosan itu agar cepat berlalu, menyebabkan aku kerugian sesuatu... sesuatu yang sangat bernilai...
Sesuatu yang sebenarnya terkandung di dalamnya satu pengertian yang sangat halus... Yang dapat dijadikan pengajaran dan ilmu yang sangat berguna...
Sejak daripada itu, aku sudah tidak berani untuk menghitung hari agar cepat berlalu kerana ianya sangat merugikan diriku... Kerana setiap memori itu, memberikan senyuman bahagia buat diriku, rakan-rakanku, guru-guruku, keluargaku, adik-beradikku, dan saudara Islamku...
Senyuman bahagia itu juga dapat kulihat melalui ibu bapaku, adik-beradikku, rakan-rakanku, guru-guruku, dan ramai lagi...
Aku rindu kamu-kamu semua....
Sweet,
Virgo girl.
Cara Rasulullah saw Menjaga Kesihatan Diri
14 hours ago



0 comments:
Post a Comment