Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, March 28, 2010

Tak Sedap Hatila....

Aku akan menangis apabila terlalu penat. Semalaman hati aku berasa tidak sedap hati. Semalaman aku rasa sereyau darah, semalaman aku rasa darah gemuruh... Akhirnya aku menangis dalam telefon sewaktu menelefon bonda. Mungkin juga kerana terlalu merinduinya. Aku luahkan pada bonda... Kerana dia satu-satunya yang sanggup mendengar tatkala itu...

Sejuknya hati tatkala bonda menitipkan doa-doa berguna buat diriku, buat pelindung diriku, buat menaikkan semangatku, buat menurunkan darah gemuruhku... Buat mengingati Allah yang Esa... Aku tertunduk, menangis sepuas-puas hati agar hati aku lega kembali...



Doa Penawar Hati:

DOA SYIFA'


Bismillahirrahmanirrahim...


Maksudnya:
"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya an kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dn sahabatnya"

Doa Pelindung Diri:


Bismillahirrahmanirrahim...


A'uzubillahiwaqudratihi min syarrima, Ajidu, Wa'uhaziru


Maksudnya: Aku berlindung denganMu dari apa yang telah engkau jadikan yang aku takuti.

Hembus 3x @ 7x di tapak tangan, letak atas ubun kepala dan lurutkan sehingga ke tapak kaki.

Pesan Bonda: Solat jangan lupa, baca al-quran, baca yasin, sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi perlindungan daripada sebarang mara bahaya...



Sweet,

Virgo Girl.

0 comments: