Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, June 23, 2011

Finally, Accepted! ( I Do)

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, akhirnya aku dapat juga bergelar guru.. Bakal guru (tetttttt.....) Lagi beberapa hari ja lagi nak lapor diri.. Aku percaya di sepanjang aku bergelar penganggur selama setahun, terlalu banyak hikmah yang diturunkan oleh Allah kepada aku.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kilang Knowles dan Pasaraya Longwan kerana telah menerima aku bekerja dan mencari rezeki kat tempat korang.. Ehehe! Walaupun hanya berjaya menyandang jawatan sebagai operator pengeluaran je kat Kilang, (ehehehe) macam tinggi je jawatan tu kan. Hihi, perasan tul minah sorang ni..

Ops, aku juga berjaya menyandang jawatan cashier kat Pasaraya Longwan selama 3 bulan.. Jangan marah arr.. Tak dapek den nak berbakti lama2 sebab dah dipanggil posting. Walau bagaimanapun, ecece.. Ayat penuh, pengalaman sepanjang aku bekerja di peringkat bawah nie sangat2 memberi kesan yang mendalam buatku... Ada suka, ada duka, ada bahagia... Tapi semua tu akan aku jadikan pengajaran dan muhasabah diri supaya aku tak melakukannya bila sudah berada di atas... Itulah asam garam pekerja bawahan..

Mula2 tu, bila kawan2 lain berjaya lulus temuduga dan posting, aku rasa terlalu kecewa.. Kecewa kerana bebanan saudara mara yang mempertikaikan kelulusan aku sebagai graduan, dan ijazah yang aku miliki sekarang ni dikatakan tak laku atau lebih dekat lagi, aku salah pilih kos... Hmmmm, semangat aku jatuh... Aku hampir tersungkur... Kekuatan iman yang hanya senipis kulit bawang ni, akhirnya dapat juga aku hadang.. Masih ada lagi yang gagal, bukan aku sorang.. Masih ramai lagi yang menganggur, bukan aku sorang.. Kan kan?

Nah, berkat kerja punya kerja dengan gaji yang tak seberapa, akhirnya aku berjaya jugak memiliki kereta kesayangan. Cayalah! Pon! Pon! Dapat jugak aku bawa butitit kesayangan ke sekolah nanti.. Hihi. Dan yang pastinya, kaki mak dah sembuh sebelum aku menjalankan tugas.. Kiranya tinggalkan mak dalam keadaan sihat la.. Takdela risau memikirkan siapa yang nak bawa mak ke hospital untuk pemeriksaan.. Syukur kepadaMu ya Allah.. Kerana telah mempermudahkan segala2nya..

Yess! dapat jugak aku posting kat semenanjung.. Tak payah fly2 lagi.. Di mana? Perak ler... Tunggu ye Gopeng, nak sampai dah nie.. Takdak la jauh sangat Gopeng ngan Penang kan kan kan! Ibarat kentut di Gopeng, kat Balik Pulau dapat dengar jugaks.. ekekeke.. Harapan aku, agar segala urusan dapat dipermudahkan di tempat baru nanti. Bersama teman baru, rakan sekerja baru, majikan baru, intitusi baru, semangat baru, segala2nya baru lah.. Yang lama tidak akan dilupakan sama sekali tau! Majuk pulak nanti.. hehehe..

Terima kasih teman2 yang sentiasa saling menyokong aku di saat aku memerlukan mereka... Sayang korang sangat2 tau... Especially Rosmawati Ali, yang bersama2 sanggup menemani aku, tunggu sampai aku habis interview di Shah Alam. Duduk kat My home Hotel sama2, Makan dan berkampung di Seksyen 17 sama2..Pulang sama2.. Memang best kenangan di Shah Alam yang akhirnya berjaya menggamit kita posting.. Walaupun berlainan tempat tapi itu tak menghalang kita untuk sentiasa berhubung kan...

P/s: Tak sia2 kena nyanyi boria depan penemuduga.. ikikikikiki!


Sweet,
Virgo Girl.

0 comments: