Mesti ada yang tertanya-tanya ke mana pula aku menghilang kali ini kan... Well, taklah jauh sangat aku menghilang.. Actually bukan menghilang pun.. Dek kerana tugasan dan tanggungjawab yang baru dipikul ni menyebabkan aku kesuntukan masa untuk berblogging. Hehhe.. Blogging tak sempat tapi facebook laju jer no.. Bukan men lagi ko ye Senah..
Aku di mana sekarang? Tak jauh pun... Aku asal orang Penang, belajar di UuM, Sintok, dan akhirnya posting aku dapat di Perak... Pi mai Pi mai tang tu jugak... Sekolah mana yang bertuah menerima aku nie? (Bertuah kerrr...) haha..
Masa mula-mula aku dapat tahu aku dipostingkan di Perak, dalam pemikiran aku, biarlah jangan sampai melepasi lebuh raya yang ada terowong tu.. Bukan ape, aku ni memang penakut sikit bila orang dah bercerita yang bukan-bukan... (penakut sikit ker? Aku rasa berjuta-juta penakut aku ni..) Ye lah.. mana taknya, orang selalu bercerita ada satu keta wolkswagen kuning kat lebuh raya tu selalu usik orang tengah2 malam.. Menelan air liur tak lepas la bila dengar cerita gitu. Tapi bila aku fikir balik, buat apa aku nak gatal2 gi drive kat situ tengah2 malam buta pulak kan.. Tak logik la... At least, kalau nak balik pun paling lambat bertolak petang le untuk pulang ke rumah kan..
Tak sangka jugak eii cerita gitu sekarang orang dah bikin filem.. KARAK... Masa mula-mula iklan tu, aku ingat Karak tu macam nama orang ato nama antu tu la.. Sekali dia bagi nama jalan daaa... Haaa... Eh, Aku belom bagitau tempat aku dipostingkan lagi.. PERAK tu dah memang sah-sah tahu.. Tapi nama kampung ja aku belom bagitau... Kampung Kota Bharu.. Aik! rileks la... Jangan gelabah.. Bukan Kota bharu Kelantan okay.. Kota Bharu di Perak ni hah... Jalan nak ke sana mak aiiihhh... Naseb bek la aku ni orang Balik Pulau dan mahir jugak jalan lengkang-lengkok berpusu-pusu, bersimpang-siur.. Kalau tidak maunya aku terbabas kat selekoh jalan.. hehehe.. Makan tanduk kerbau lerrr jawabnya...
So, Jalan Kota bharu tu berada dalam bandar Gopeng.. Area2 Gopeng ni ada macam2 pekan la lagi... Kalu nak beli barang2, aku leh gi pekan Kampar, takpun ke Pengkalan, atopun aku leh je terus ke Ipoh.. Ha.. Pusat Bandor tu, kira complete la, apa yang aku perlukan suma ada kat situ.. Nak tengok wayang? Bowling? POPULAR? Hihi.. Mustila suma kena ada... Tempat berkubang lagikan dikenang.. Haha! Haa... Itu satu keperluan tuh.. Aku bole ke Jaya Jusco atau Ipoh Parade. Jauhnya hanya setengah jam dari pekan Gopeng je..
Kesimpulannya, pot pet punya pot pet, sekolah aku dipostingkan ni di SBP Integrasi Gopeng... Betul2 sebelah Kolej Matrikulasi Gopeng je, tapi sekolah tu bukanlah dalam kawasan kolej Matrikulasi tu... sebelah je..sebelah je.. Kentot pun dengor... haha! Sadaqallah Al-azim...
Sweet,
Virgo Girl.
Cara Rasulullah saw Menjaga Kesihatan Diri
13 hours ago




0 comments:
Post a Comment