Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 3, 2011

Siapa ADAM

Perkara ni berlaku 5 tahun yang lalu, ketika aku baru menuntut di universiti pada semester pertama. Aku masih ingat dan aku masih menyimpan hadiah pemberian tu. Sungguh, aku memang tak tahu siapa dia dan aku masih mencari2 siapa dia. Sampai sekarang aku masih tertanya2 siapa dia. Setiap tahun yang menganjak, setiap tahun jugaklah sentiasa timbul di benak fikiran aku mengenai siapa dia.. Siapa pemilik hadiah tersebut. Apa yang aku tahu cuma waktu tu, seorang perempuan datang ke bilik aku sebagai penghantar barang dedicate. hanya nama ADAM yang tertulis di atas kertas comel dan beberapa ayat yang kukira sangat menarik.

Aku pernah tanya tunangku yang sekarang ni sama ada dia pernah menghadiahkan aku hadiah tu. Tapi dia kata tak pernah bagi apa2 hadiah dalam bentuk hamper mcm tu. Walaupun kecil aku just nak tahu siapa dia. Siapa ADAM. Adakah ADAM tu bermaksud 'Aku Darah Anak Melayu' atau nama sebenar dia, atau barangkali ADAM itu mewakili kaum ADAM sebagai lelaki atau juga perempuan yang bagi tapi taruk nama ADAM sengaja nak kenakan aku. Hahahaha! Yang hairannya, sampai sekarang aku carik still tak jumpa siapa dia...

Sweet,
Virgo Girl.

0 comments: