Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 1, 2011

Kegilaan aku telah Kembali!

Ya..ya! betul tu.. Memang betul sangat2... Sejak dah lama tak bukak blog ni, dan apabila aku dah mula bukak blog nie, akhirnya tabiat lama sudah kembali menjengah.. Bukan aku mintak pun nak mai sini.. ahaks! Tapi tangan dah tergatal pulak nak datang... Jadi, terima sajalah padahnya cik Hanis oi!

Sejak semakin sibuk dengan kerjaya ni, memang lama sangat aku tak serve2 internet.. Asyik serve muka buku jaaa... sampai skrg ni dah keluar pun lagu "Cinta Muka Buku"... Akhirnya bila dah mula melayari internet nie, aku dah mula ketagih serve rumah2 pelik macam dulu... Fuyoooh! Gilak syok betui tengok rumah pelik2 nie... Jomla kita kongsi sama2... Yang mana aku rasa tantek tu, aku paparkan la kat sini... Kalau ada yang teringin nak mendirikan rumah2 berfantasi dan penuh imaginasi macam ni leh la ambil contoh buat inspirasi... Hehehe!



Memang 3D tul umah nie... Aku yang nengoknya pun rasa cam dok dalam cerita Harry Potter pulaks.


Ini memang mencabar jiwa dan raga kalau buat rumah kat sini... Serius aku memang gayat tol.. Kalau bagi 10 juta pun aku tak berani nak ambik risiko tinggal kat sini...



Huarghhhhh! Aku la King-Kong-Si-Gelap yang berjaya menakluk ini bangunan! hahaha!


Aku sangat suka kerana penghuni rumah ni mengambil jalan mudah kerana sumber pendapatan dan makanan sangat mudah didapati... Kalau lapar ja leh mengail ikan, udang, ketam dan sebagainya tanpa perlu membeli bot dan enjin kerana semua tu membazir saja...


Langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan banjir dan binatang2 buas... hehe! bagus3!


Orang bujang atau orang yang taknak berkahwin sangat sesuai tinggal di sini... Oh, lupa... Orang yang nak elakkan kesesakan dan kesibukan juga sesuai tinggal di sini... Maklumla, kat bandar kan sibuk dan sesak.. Haish!


Sangat jimat... Rumah Shrek. Nampak ja kecik rumah ni, tapi kalu masuk dalam fuyoh! macam kondo... Bak kata Yasin, Luar setinggan, dalam kondo... Tak sangka umah ni masuk dalam paper.. Sepasang suami isteri tinggal bersama 2 orang anaknya... Rumah ni pulak dibina sendiri oleh suami.. Ruang dalam sangat selesa dan luas... Betul2 punya nak jimat kos ini tuan rumah.. Ces!



Haha! Rumah terbalik gara2 gempa bomi.. Ni mesti dapat ilham sejak gempa bumi yang berlaku dulu kan? Dah agak dah... hahaha!


Macam Helmet orang pergi bulan pulak... Dengan antena satu kat atas... haha!



Akhirnya setelah tak dapat cari jalan pulang, mangsa kapal Titanic terpaksa buat rumah di benua antartika ni.. Sempoi jugakla.. Bermastautinla mereka di sana... huhu!

Masa kecik2 dulu aku selalu berangan nak rumah macam ni... Macam dalam fairytail... Dengan tujuh orang kerdil.. hihi!


KAlau dulu kita selalu dengar pepatah, bagai katak di bawah tempurung, kini kita mendengar pulak pepatah bagai siput di dalam cengkerangnya... Sila tulis murid-murid!



Fuyyyyooooh! Memang addicted Music tul pemilik umah nie... Giler canggih! Aku pun nak gak la... Besar nyerrrrrrr!


Ini mesti tangal tukang menggigil2 time nak siapkan bangunan ni...ahaks!


Jangan risau... Kalu takmo tinggalkan umah anda untuk pergi melancong, takut pencuri masuk, boleh la buat umah ni sambil-sambil tu lehla travelling tanpa rasa bimbang lagi!


Kettle house...


Bubble house... Mesti tuan rumah ni suka main tiup2 bubble.. Macam kanak2 riang! Yippie!


Hakhak! Serupa macam tuan rumah dia jugeeee!




Rumah gergasi gigi rongak! ikikikiki!


Iglu House? ataukah rumah pemilik yang addicted terhadap golf?


Okay... Dah macam toilet bowl pulak... Jaaaaaadiiilaaa...


Rumah berapa tingkat ni? Bolehla main sorok2 kat sini...


Jom kita kembali ke zaman Ali Baba dengan 40 penyamun... Ali baba...Ali Baba...


Tak tahu nak letak nama apa rumah ni... Misteri sangat... hehehhe.



Rumah ni pun kreatif jugeee.... Bentuk apa pun tak dapat nak diklasifikasikan.. huhu!


Peraduan mencari jalan pulang... Dah sah2 aku akan sesat. Entah bila baru dapat cari jalan ke rumah sendiri kalu macam ni... hurmmm...


Zaman Batu...yeayeahhhh! Rock House...


Dan akhirnya aku mengimpikan rumah comel macam ni... Hurmmm... tantekk kan kan kan! Aku nak jadi barbie girl lah!


Kalaulah aku dapat buat rumah macam ni... haiiiii... memang tidur tersengih la aku tiap2 malam... Indahnya dooonia..


Sweet,
Virgo Girl.


0 comments: